Showing posts with label joomla php. Show all posts
Showing posts with label joomla php. Show all posts

Tuesday, January 13, 2009

Xampp dan Joomla! - Php

Aku pun bukan pandai sangat, so kite same2 la belajar share ape yang kite tau ok.
ini care nak buat php joomla kat dlm komputer korang la. kire mcm nak test2 sebelum upload kat web hosting

1. korang mesti ade XAMPP yang akan buat localhost, download kat sini
http://www.apachefriends.org/en/xampp-windows.html

2. lepas dah install pastikan sume bende tu on
start > program > apache friends > xampp > xampp contorl panel
pastikan korang tick kat kotak apache & my xql untuk running kan bende alah tu.

3. Lepas tu try pegi kat browser taip http://localhost, then kalo bende tu running, xampp akan keluar
kat browser tu.

4. Download Joomla 1.5 package plak. Download di sini .

5. Dah download , extract kat folder name joomla.

6. Copy fail-fail yang ada dalam folder tu.

7. Pegi pada c:\program files\xampp\htdocs , create 1 folder name joomla

8. dalam folder tersebut paste fail yang korang copy tadi.
c:\program files\xampp\htdocs\joomla <-- dalam ni tempat utk paste fail tadi

9. pastu pegi ke http://localhost/joomla

8. Install Joomla!


Control Panel - Joomla!

Halaman Control Panel merupakan muka laman pertama yang anda lihat apabila log masuk sebagai administrator ataupun ana boleh kembali semula ke laman ini dengan klik pada menu Home pada bahagian menu bar.
Sample Image

IKON CONTROL PANEL
Add New Content Apabila ikon ini diklik, halaman memaparkan editor WYSISWYG (What You See Is What You Get) Editor akan dibuka. Kandungan baru boleh ditambah disini :
Content Items Manager
Klik ikon ini untuk akses ke halaman Content Item Manager. Ia memaparkan senarai semua item kandungan. Untuk edit, klik pada item berkenaan.
Static Content Manager
Klik ikon ini untuk akses skrin Static Content Manager. Anda boleh edit dan tambah kandungan statik disini.
Frontpage manager
Klik ikon ini untuk akses skrin Frontpage Manager. Disinilah tempat untuk menentukan item kandugan mana yang akan dipaparkan pada muka depan.
Section Manager
Klik ikon ini untuk akses ke halaman Section Manager. Anda boleh mengubah dan menambah Section di sini.
Category Manager
Klik ikon ini untuk akses ke halaman Category Manager. Anda boleh edit dan tambah category di sini.
Media Manager
Klik ikon ini untuk akses kehalaman Media Manager. Anda boleh mengawal fail media anda.
Trash Manager
Klik ikon ini untuk akses Trash Manager. Anda boleh memadam terus semua kandungan atau simpan balik kandungan dengan menggunakan Trash Manager ini.
Menu Manager
Klik ikon ini untuk akses Menu Manager. Anda boleh mengedit dan menambah menu dan sub-sub menu yang anda kehendaki.
User Manager
Klik ikon ini untuk akses User Manager. Anda boleh menambah, memindahkan, dan mengawasi pengguna pada laman anda.
Language Manager.
Klik ikon ini dan halaman Language Manager akan dibuka. Halaman ini boleh digunakan untuk memilih dan menambah bahasa yang akan digunakan pada laman web anda.
Global Configuration
Klik ikon ini un tuk akses Global Configuration. Ianya merupakan konfigurasi pada laman anda. Anda boleh edit sebarang konfigurasi pada laman anda. Pada Bahagian atas kanan skrin terdapat 5 tabs. Tabs tersebut berfungsi sebagai :
Logged
Memaparkan senarai pengguna yang sedang log masuk (dari kedua-dua bahagian iaitu Backend dan Frontend) . Klik pada nama pengguna untuk ke halaman user edit untuk edit pengguna tersebut, atau anda boleh klik pada tanda pangkah untuk log keluar user tersebut.
Components
Ianya memaparkan senarai komponen yang terdapat dan yang di install pada laman web anda. Popular
Klik pada tab popular untuk akses skrin yang mana menyenaraikan dalam turutan, kandungan yang paling banyak diklik/dicapai dalam laman anda. Ianya memaparkan tarikh kandungan tersebut dicipta dan jumlah berapa kali kandungan tersebut dicapai. Klik pada Content Items untuk mengedit.
Latest Items
Klik pada tab Latest Items untuk akses ke skrin yang mana menyenaraikan dalam turutan, kandungan yang paling baru dicipta. Ini termasuk tarikh dicipta dan juga nama penulis. Klik pada Content Items untuk edit kandungan.
Menu Stats
Ianya menyenaraikan semua menu, dan bilangan link kandungan pada setiap menu. Bilangan link ini keseluruhannya dicipta, bukan bilangan ia dipaparkan. Klik pada nama menu untuk akses skrin yang mana menyenaraikan kandungan yang terdapat pada menu anda.

Monday, January 12, 2009

Tutorial php - Joomla!

Apa itu Joomla ?

Joomla! ialah sebuah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka yang diedarkan secara percuma. Ia ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP untuk menerbitkan kandungan ke laman web dan intranet dengan menggunakan Pangkalan data MySQL.

Ciri-ciri unik Joomla! termasuklah laman cache untuk meningkatkan prestasi, RSS, laman boleh cetak, berita terkini, blog, undian, carian laman, dan bahasa-bahasa.

Nama "Joomla" diambil daripada perkataan Swahili iaitu jumla yang bermaksud "mari bersama-sama" atau "secara keseluruhannya". Ia dipilih bagi menunjukkan komitmen pasukan pembangunan dan komuniti projek berkenaan. Keluaran pertama Joomla! (Joomla! 1.0.0) diumumkan pada 16 September 2005. Ini adalah keluaran penjenamaan semula Mambo 4.5.2.3 digabungkan dengan pembaikan keselamatan serta pepijat komputer. Di peta laman projek ini, pasukan pembangunan asas menyatakan bahawa Joomla! 1.5 adalah kod yang ditulis semula dengan dibinan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5.

Joomla! dibebaskan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU.