Tuesday, January 13, 2009

Control Panel - Joomla!

Halaman Control Panel merupakan muka laman pertama yang anda lihat apabila log masuk sebagai administrator ataupun ana boleh kembali semula ke laman ini dengan klik pada menu Home pada bahagian menu bar.
Sample Image

IKON CONTROL PANEL
Add New Content Apabila ikon ini diklik, halaman memaparkan editor WYSISWYG (What You See Is What You Get) Editor akan dibuka. Kandungan baru boleh ditambah disini :
Content Items Manager
Klik ikon ini untuk akses ke halaman Content Item Manager. Ia memaparkan senarai semua item kandungan. Untuk edit, klik pada item berkenaan.
Static Content Manager
Klik ikon ini untuk akses skrin Static Content Manager. Anda boleh edit dan tambah kandungan statik disini.
Frontpage manager
Klik ikon ini untuk akses skrin Frontpage Manager. Disinilah tempat untuk menentukan item kandugan mana yang akan dipaparkan pada muka depan.
Section Manager
Klik ikon ini untuk akses ke halaman Section Manager. Anda boleh mengubah dan menambah Section di sini.
Category Manager
Klik ikon ini untuk akses ke halaman Category Manager. Anda boleh edit dan tambah category di sini.
Media Manager
Klik ikon ini untuk akses kehalaman Media Manager. Anda boleh mengawal fail media anda.
Trash Manager
Klik ikon ini untuk akses Trash Manager. Anda boleh memadam terus semua kandungan atau simpan balik kandungan dengan menggunakan Trash Manager ini.
Menu Manager
Klik ikon ini untuk akses Menu Manager. Anda boleh mengedit dan menambah menu dan sub-sub menu yang anda kehendaki.
User Manager
Klik ikon ini untuk akses User Manager. Anda boleh menambah, memindahkan, dan mengawasi pengguna pada laman anda.
Language Manager.
Klik ikon ini dan halaman Language Manager akan dibuka. Halaman ini boleh digunakan untuk memilih dan menambah bahasa yang akan digunakan pada laman web anda.
Global Configuration
Klik ikon ini un tuk akses Global Configuration. Ianya merupakan konfigurasi pada laman anda. Anda boleh edit sebarang konfigurasi pada laman anda. Pada Bahagian atas kanan skrin terdapat 5 tabs. Tabs tersebut berfungsi sebagai :
Logged
Memaparkan senarai pengguna yang sedang log masuk (dari kedua-dua bahagian iaitu Backend dan Frontend) . Klik pada nama pengguna untuk ke halaman user edit untuk edit pengguna tersebut, atau anda boleh klik pada tanda pangkah untuk log keluar user tersebut.
Components
Ianya memaparkan senarai komponen yang terdapat dan yang di install pada laman web anda. Popular
Klik pada tab popular untuk akses skrin yang mana menyenaraikan dalam turutan, kandungan yang paling banyak diklik/dicapai dalam laman anda. Ianya memaparkan tarikh kandungan tersebut dicipta dan jumlah berapa kali kandungan tersebut dicapai. Klik pada Content Items untuk mengedit.
Latest Items
Klik pada tab Latest Items untuk akses ke skrin yang mana menyenaraikan dalam turutan, kandungan yang paling baru dicipta. Ini termasuk tarikh dicipta dan juga nama penulis. Klik pada Content Items untuk edit kandungan.
Menu Stats
Ianya menyenaraikan semua menu, dan bilangan link kandungan pada setiap menu. Bilangan link ini keseluruhannya dicipta, bukan bilangan ia dipaparkan. Klik pada nama menu untuk akses skrin yang mana menyenaraikan kandungan yang terdapat pada menu anda.

0 comments: