Friday, January 2, 2009

Dunia terus kutuk Israel

ISRAEL TERUS MENGGANAS... Kekejaman Israel terus memuncak apabila serangan udara yang dilancarkan sejak minggu lalu mengorbankan lebih ramai orang awam dan kanak-kanak tidak berdosa. Dalam serangan terbaru Israel di bandar Gaza semalam, seorang komander Hamas, nizar rayyan bersama empat isteri dan lapan anak mereka terkorban (gambar kanan).


* Sekurang-kurangnya 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza kini berdepan situasi kemanusiaan yang semakin membimbangkan berikutan serangan berterusan oleh tentera Israel ke atas wilayah itu.

* Khutbah Jumaat yang diedarkan oleh Jakim di masjid seluruh negara semalam menyeru umat Islam melaksanakan enam tindakan antaranya, memulaukan barangan syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi.

* Pergerakan Pemuda Barisan Nasional umum Tabung Barisan Bertindak Menentang Keganasan Israel sebagai bukti simpati dan kesungguhan negara ini membantu rakyat Palestin.

* Penduduk dunia menyertai protes antarabangsa bagi membantah serangan Israel ke atas Genting Gaza yang genap seminggu semalam serta mengutuk tindakan Amerika menyokong sekutu rapatnya itu.

0 comments: